MENGUBAH CIPTAAN ALLAH S.W.T.
  |     Diriwayatkan   daripada Ibnu Umar r.a, sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w pernah   melihat  seorang   kanak-kanak yang telah dicukur sebahagian rambutnya dan sebahagian  yang   lain dibiarkannya. Lalu baginda melarang mereka dari berbuat sedemikian   sambil  bersabda: "Cukurlah   semuanya atau biarkanlah semuanya." (Hadis riwayat Abu Daud).  Kesimpulan   Hadis:  1-   Larangan dari mencukur sebahagian rambut dan meninggalkan sebahagian yang   lain.  Larangan   di sini ialah larangan yang sangat dibenci manakala hikmat dari larangan   ini  ialah   kerana dia cuba mengubah ciptaan Allah s.w.t.  2- Harus   mencukur rambut keseluruhannya dan harus juga membiarkannya kesemuanya  dengan   syarat kebersihannya hendaklah dijaga dan tidak menyerupai kaum   perempuan.   |   
BUMI AKAN MENJADI SAKSI
|     Diriwayatkan   daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w membaca ayat   ini:  Yang   bermaksud: Pada hari itu bumi menceritakan beritanya. Kemudian baginda   bertanya:  Adakah   kamu tahu apakah yang akan diberitahu oleh bumi itu nanti? Para sahabat   menjawab:  Allah   s.w.t. dan RasulNya yang lebih mengetahui.  Baginda   s.a.w. bersabda:  "Sesungguhnya   berita yang akan disampaikan oleh bumi ialah bumi menjadi saksi terhadap  semua   perbuatan manusia, sama ada lelaki ataupun perempuan terhadap apa yang mereka  lakukan   di atasnya. Bumi akan berkata: Dia telah melakukan itu dan ini pada hari itu   dan ini.  Itulah   berita  yang   akan diberitahu oleh bumi." (Hadis riwayat Imam Tirmizi).  Kesimpulan   Hadis:  1-   Dorongan supaya melakukan amalan soleh dan menjauhkan diri dari melakukan   maksiat.  2-   Kemampuan Allah s.w.t menjadikan benda-benda yang keras dapat   bercakap di mana bumi  akan   memberi saksi terhadap setiap perkara yang berlaku.  3- Larangan   keras terhadap orang yang melakukan maksiat, walaupun dia jauh dari   pandangan  orang   lain tetapi bumi tetap akan memberi saksi di hadapan Allah   s.w.t yang menjadi hakim  di hari   kiamat kelak.  |   
KELEBIHAN MEMBERI MAKAN KETIKA BERBUKA PUASA DIBULAN RAMADHAN
|     Diriwayatkan   daripada Zaid bin Khalid al-Juhaniy r.a katanya: Rasulullah   s.a.w bersabda:  "Sesiapa   yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka, dia akan mendapat   pahala  sebagaimana  pahala   orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang   berpuasa  tersebut."  (Hadis   riwayat Imam Tirmizi). Pengajaran   Yang Boleh Diambil Dari Hadis:  1-   Penjelasan tentang kelebihan orang yang menjemput orang yang berpuasa   berbuka  malah   disunatkan berbuat demikian serta dorongan supaya melakukannya.  2- Dalam   tindakan menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka terdapat seruan   kepada  kasih-sayang,   persamaan dan bantu-membantu di kalangan umat Islam.  3-   Pahala seperti ini akan diganjarkan kepada sesiapa sahaja yang menjemput   orang yang  berpuasa   untuk berbuka walaupun hanya dengan sebiji kurma, seteguk air minum   atau  seteguk   susu.   |   
AMALAN PEMBERI SYAFA'AT DIHARI KIAMAT
|     Diriwayatkan   daripada Abdullah bin Amru r.a, sesungguhnya Rasulullah   s.a.w bersabda:  "Puasa   dan al-Quran akan memberi syafaat kepada seseorang hamba pada hari   kiamat."  (Hadis   riwayat Imam Ahmad). Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis: 1- Di   antara kelebihan ibadat puasa ialah ia akan memberi syafaat kepada orang yang   berpuasa  pada   hari kiamat kelak apabila umat Islam menunaikannya secara sempurna   dengan  meninggalkan   makan, minum, hawa nafsu, bercakap dengan percakapan yang diharamkan,  melihat   kepada benda yang diharamkan dan mencari rezeki melalui cara   diharamkan.  2-   Kelebihan bacaan Al-Quran di mana ia akan memberi syafaat kepada orang   yang  membacanya   pada hari kiamat kelak.   |   
CINTAKAN DUNIA
|     Daripada   Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir   tiba suata masa di mana  bangsa-bangsa   dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang  yang   hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang   sahabat bertanya  "Apakah   dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab,   "Bahkan kamu pada  hari itu   banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan  mencabut   rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah   s.w.t.  akan   mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat   bertanya,  "Apakah   wahan itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w. kita   menjawab, "Cinta pada  dunia   dan takut pada mati".  H.R. Abu   Daud  Keterangan Memang   benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Keadaan umat Islam   pada  hari   ini, menggarnbarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w.   Umat  Islam   walaupun mereka mernpunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000 juta (1/5   penduduk  dunia),   tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa   lain.  Mereka   ditindas,  diinjak-injak,   disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia   walau  pun   berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan   kekuatannya.  Sebenarnya,   segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum   muslimin  itu   sendiri, iaitu dari penyakit 'wahan" yang merupakan penyakit campuran   dari dua unsur yang  selalu   wujud dalarn bentuk kembar dua, iaitu “cinta dunia” dan 'ttakut mati".   Kedua-dua penyakit  ini   tidak dapat dipisahkan. "Cinta dunia" bermakna tamak, rakus, bakhil   danti dak mahu  mendermakan   harta di jalan Allah s.w.t. Manakala “takut mati" pula bermakna   leka  dengan   kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri   akhirat  dan   tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam   memperjuangkan  agarna Allah   s.w.t.  Kitaa   berdoa agar Allah s.w.t. menurunkan mushrahNya kepada kaum muslimin   dan  memberikan   kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat. Insyallah.  |   
DOA MALAM LAILATUL QADAR
|     Diriwayatkan   daripada Aisyah r.a katanya: Aku bertanya: Wahai Rasulullah! Apa   pendapat kamu sekiranya aku mengetahui (mendapati) malam lailatulqadar,   apakah yang harus aku baca pada malam tersebut? Baginda   s.a.w. bersabda:"Bacalah doa: Yang bermaksud: Ya Allah!   Sesungguhnya Engkau adalah Zat Yang Maha Pengampun dan   suka memberi pengampunan, oleh yang demikian ampunilah diriku)."  (Hadis   riwayat Imam Tirmizi).  Pengajaran   Yang Boleh Diambil Dari Hadis:  1-   Permintaan yang paling penting bagi orang Islam ialah kesuciannya dari segala   dosa dan penebusan diri dari perbuatan maksiat.  2-   Galakkan supaya memohon keampunan daripada Allah s.w.t dan sentiasa   memohon keampunan tersebut lebih-lebih lagi pada masa yang dimakbulkan segala   doa terutamanya pada malam lailatulqadar.  3- Di   antara tanda-tanda malam lailatulqadar ialah terasa lapang dada, orang Islam   terasa tenang jiwa bersama Allah s.w.t, cuaca dan suasana malam dalam   keadaan sederhana serta matahari terbit pada waktu pagi dengan cuaca yang   putih tanpa memancarkan sinaran.   |   
ORANG MUKMIN YANG DIUJI ALLAH S.W.T.
|     Diriwayatkan   daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: "Orang   mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah   s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia   menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa   sedikitpun."  (Hadis   riwayat Imam Tirmizi).  Kesimpulan   Hadis:  1- Sabar   menghadapi cubaan boleh menghapuskan segala dosa.  2-   Cubaan yang paling dahsyat adalah cubaan yang dihadapi oleh para nabi   kemudian orang-orang soleh seterusnya ke bawah secara berturut-turut  |   
SETIAP UMAT ADA UJIANNYA
|     Diriwayatkan   daripada Kaab bin Iyadh r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah   s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap umat itu ada ujiannya dan ujian umatku adalah harta kekayaan. " (Hadis riwayat Imam Tirmizi). Kesimpulan Hadis: Allah   s.w.t menjadikan harta sebagai perhiasan kehidupan dunia dan menjadikan   fitrah kejadian manusia lebih cenderung kepada harta dan suka mengumpul   harta, oleh yang demikian umat Islam hendaklah berhati-hati di dalam   mengumpulkan harta di mana dia hendaklah mengumpulkan harta yang halal dan   menjauhkan diri dari mengumpulkan harta yang haram.   |   
SOLAT SUNNAT ENAM RAKAAT
|     Diriwayatkan   dari Abi Hurairah r.a sabda Rasulullah s.a.w " Barangsiapayang   solat sesudah maghrib enam rakaat dimana tidak berkata-kata ia diantaranya   dan kata-kata buruk, menyamailah solat itu baginya dengan ibadah 12   tahun"   |   
BALASAN SYURGA PADA YANG SABAR
|     Diriwayatkan   daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda   di dalam Hadis Qudsi: Allah s.w.t berfirman: "Tidak ada   balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang   telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang   yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di   sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya   mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar). " (Hadis riwayat   Imam Bukhari). Kesimpulan   Hadis:  1- Tabah   dan sabar menghadapi musibah adalah merupakan tanda-tanda kesempurnaan  iman   manakala keluh-kesah dan bimbang adalah merupakan tanda-tanda kelemahan   iman.  2-   Keagungan ganjaran tabah menghadapi musibah.  |   
DIHARAMKAN MEMASUKI SYURGA
|     Bersabda Rasulullah   s.a.w "Tiada seorang pembesar yang mati sedang ia mati dalam   keadaan menipu rakyatnya,melainkanAllah akan mengharamkannya memasuki   syurga."  |   
AMALAN PALING UTAMA
|     Diriwayatkan   daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah   ditanya: "Apakah amalan yang paling utama? Baginda   s.a.w. bersabda: "Beriman kepada Allah s.w.tSahabat bertanya   lagi: Kemudian apa? Rasulullah s.a.w bersabda: Jihad pada   jalan Allah s.w.t.iaitu berjuang pada jalan Allah s.w.t. dan   Sahabat bertanya lagi: Kemudian apa? Rasulullah s.a.w bersabda:   Haji Mabrur iaitu ibadat Haji yang diterima" Diriwayatkan   daripada Abdullah bin Masud r.a katanya: Aku pernah bertanya Rasulullah   s.a.w:  "Apakah   amalan yang paling utama? Baginda s.a.w. bersabda: Sembahyang pada   waktunya. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda   s.a.w. bersabda: Berbakti kepada kedua orang tua. Aku bertanya lagi:   Kemudian apa lagi? Baginda s.a.w. bersabda: Berjuang pada   jalan Allah.Kemudian aku bertanya lagi kepada Baginda s.a.w.,   semata-mata ingin menemani dan menjaga perasaan Baginda s.a.w." Adakah   jihad ke arah pembangunan dan ekonomi seperti yang disyorkan oleh media massa   itu dapat mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t? Apa matlamat jihad   pembangunan dan ekonomi itu, disandarkan kepada apa ? Keranamu Malaysia ?   Dimata dunia ? Dapatkah harta benda kita di bawa ke liang lahad dan   menjadi penolong kita di akhirat ?  Diriwayatkan   daripada Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:   Tiga perkara yang akan mengikuti mayat dan dua daripadanya akan pulang. Hanya   satu sahaja yang akan bersamanya dalam kubur. Perkara tersebut ialah: Kaum   kerabat, harta benda dan amalannya. Semua kaum kerabat dan harta bendanya akan   pulang, manakala yang kekal bersamanya ialah amalannya *   Firman Allah   s.w.t yang bermaksud : Demi sesungguhnya! Jika kamu terbunuh pada   jalan Allah(dalam perang Sabil), atau kamu mati (mati biasa - semasa   mengerjakan kebajikan umum), sesungguhnya keampunan dari Allah   S.W.T. dan rahmatNya adalah lebih baik (bagi kamu) dari apa yang   mereka (orang-orang kafir dan munafik) itu himpunkan (meliputi segala jenis   kesenangan hidup). - Surah Al-Imran 157.  |   
PENYESALAN DIHARI KIAMAT
|     Sabda Rasulullah   saw yang bermaksud : "Orang yang paling menyesal pada hari   Kiamat ialah lelaki yang ada peluang menuntut ilmu di dunia tetapi ia tidak   mengambil kesempatan menuntutnya, dan lelaki yang mengajar ilmu kepada orang   lain; lalu yang belajar darinya mendapat faedah dari ilmu itu sedangkan ia   sendiri tidak mendapat apa-apa."  PENJELASANNYA  Hadis   ini menggalakkan umat Muslimin supaya menggunakan segala kesempatan hidup di   dunia untuk mempelajari ilmu-ilmu pengetahuan yang berguna kepada kehidupan   keagamaan dan keduniaannya. Dengan ilmu pengetahuan yang betul, dapat   dilakukan amalan-amalan ibadah yang betul. Amalan ibadah tanpa ilmu   pengetahuan yang betul boleh menjerumuskan seseorang ke dalam bida'ah dan   kekeliruan yang merosakkan agamanya.  Disamping   itu ilmu pengetahuan boleh membuka ufuk pemikiran dan mendalamkan kesedaran   dan keinsafan yang menguatkan keyakinan dan tauhidnya terhadap Allah   s.w.t., dan dengan demikian akan meningkatkan darjatnya disisi Allah di hari   Kiamat kelak.  Hadis   ini juga menggariskan satu panduan yang penting iaitu tujuan belajar ialah   beramal sama ada ia seorang pelajar atau seorang guru, kerana amalan itu   merupakan nilai ilmu dan nilai seseorang yang berilmu.  Kata   pepatah Arab "Ilmu tanpa amal laksana pokok tanpa buah" alangkah   ruginya seseorang guru yang tidak mandapat apa-apa guna dari ilmunya   sedangkan orang yang belajar darinya memungut  keuntungan -keuntungan   yang abadi  |   
PENANGGUHAN HUTANG
|     Diriwayatkan   daripada Abu Hurairah r.a katanya: Baginda   s.a.w. bersabda:  "Sesiapa yang menangguhkan hutang orang   yang belum dapat membayarnya atau membebaskannya, pada hari kiamat   kelak Allah s.w.t. akan menaunginya di bawah naungan Arasy, di mana   pada hari tersebut tidak ada naungan kecuali naunganNya." (Hadis riwayat Imam Tirmizi). Kesimpulan   Hadis:   1-   Galakan supaya bertolak ansur dengan orang yang berhutang sama ada secara   menangguhkan tempoh pembayaran hutang ataupun secara membebaskannya dari   kesemua hutang atau sebahagiannya sahaja.   2-   Kelebihan orang yang bertolak ansur dengan orang yang berhutang di mana dia   akan mendapat ganjaran yang sangat besar dan mendapat balasan yang baik di   akhirat kelak.   3-   Kelebihan mempermudahkan kepentingan orang lain dan menghulurkan bantuan   kepada mereka serta harus berurusan dengan cara hutang.  |   
ADAB MAKAN DAN MINUM
|     Diriwayatkan   daripada Abdullah bin Umar r.a, sesungguhnya Rasulullah   s.a.w bersabda: "Apabila salah seorang di antara kamu makan,   hendaklah dia makan dengan menggunakan tangan kanannya dan apabila dia minum   hendaklah dia minum dengan menggunakan tangan kanannya kerana sesungguhnya   syaitan itu, dia makan dengan menggunakan tangan kirinya dan minum juga   dengan menggunakan tangan kirinya." (Hadis riwayat Imam Muslim). Kesimpulan Hadis: 1-   Makruh makan dan minum dengan menggunakan tangan kiri kerana ianya adalah di   antara adat-adat syaitan dan sesiapa yang melakukan sedemikian, bererti dia   menyerupai syaitan.  2- Sunat   mengutamakan anggota sebelah kanan di dalam semua perkara sehinggalah di   dalam persoalan memakai kasut dan keluar dari rumah.  3-   Ancaman dari melakukan perkara yang jelas disebut di dalam hadis sebagai   perbuatan syaitan.  |   

No comments:
Post a Comment