Wednesday, February 16, 2011

Sketsa Kehidupan


Di dalam setiap liku kehidupan yang ku tempuhi,banyak kesalahan dan keburukan yang aku telah lakukan.Disitu, ku lihat betapa besarnya cabaran untuk hidup di dunia ini dan tanggungjawab semakin hari semakin besar.Ku impikan kejayaan dan kebahagiaan yang datang.Namun,setelah berkali-kali berusaha,kejayaan dan kebahagiaan yang ku impikan itu bagaikan angin yang menghembus di tepian pantai,yang hanya datang dan pergi.

Hari-hari yang ku lalui penuh berduri,tiada siapa yang dapat membaca hati yang terluka dek terkena sembilu yang menikam diri.Telahku usahakan untuk mengubah diri menjadi insan yang terbaik,namun apabila aku ingin berubah,ada sahaja ujian yang menimpa.Aku tidak tahu mana arah tuju hati yang terluka ini.

Mungkinkah ini cabaran yang perlu ku lalui untuk menemui kejayaan dan kebahagiaan pada masa akan datang.Betul kata mak.Kita mesti kuat untuk menempuhi segala cabaran dan ujian yang Allah berikan.Mungkin itu sebagai anak-anak tangga yang perlu kita lalui untuk sampai ke puncak.
Ku akan ingat pesan mak;"berusahalah nak,mak doakan kejayaan dan kebahagiaan anak mak sebelum mak menghembuskan nafas terakhir".Setiap kali aku teringat kata-kata itu,air mataku mengalir dengan tiba-tiba.

Diatas adalah sebahagian sketsa kehidupan yang telah ku lalui....

Allah adalah yang satu yang wajib kita taati dan Nabi Muhammad itu Pesuruh-Nya yang patut kita menjadi panduan dalam hidup.AlQuran dan Alsunnah sebagai pembimbing kita kearah kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Surah 1 Al-Fatihah ( 7 ayat ) الفاتحة
1 Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
2 Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
3 Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
4 Yang menguasai di Hari Pembalasan مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
5 Hanya Engkaulah yang kami sembah,dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
6 Tunjukilah kami jalan yang lurus, اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
7 (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan)
mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

5 comments:

  1. Berubah..bkan ats dsar 0ank Lain..tpi dri sndri..skaLi niat nk brubah..b'henTiLah tuk mLakukn ksaLahn yG sma..kta insn biasa,mmG xLri dri waT siLap..t'msuk dri sya sndri..

    ::baca jew sketsa ne..trus taw spa empya bL0G..truskan usha..ان الله معك يا اخي...::

    ReplyDelete
  2. insya'allah sy akan usahakan bersungguh-sungguh kerana Allah dan untuk kejayaan dan kebahagiaan duniawi dan syurgawi..selalu doakan sy ye...

    ReplyDelete
  3. insya'ALLAH..slalu lar egat..matlamat sbenar hdup kta adlah KEMATIAN..kta hdup d dnia hya untuk b'amal n amlan kta lar yg m'nntukn kta spatutnya berada d mna..syurga@ nraka..

    ReplyDelete
  4. insya'Allah..sy pun akan doakan awak..kan bagus selalu nasihat-menasihati kan..amalkan selalu k..

    ReplyDelete
  5. insya'ALLAH..yer Lar..t kta nsihat,kta plak yg slah..huhuu

    ReplyDelete